Kini Kita Berjauhan...
Dia akan tinggalkan aku bersendirian..bukan tak pernah bersendirian tapi kali ni aku rasa sedih sgt..erm aku rasa menyesal sgt..dia akan berada jauh dr pandangan aku..namun dia tetap yang satu bertakhta di hati kecil ini..erm sejak aku berada dekat dengannya aku masih tak rasakan kesedihan ini kerana aku tahu jarak kami masih dekat..kali ini aku lemah dan tidak kuat seperti sebelum ni..dia lah yang banyak membantu aku,memberi semangat pada aku,melayan karenahku,dia saje yang boleh bertahan denganku..dia sabar dengan sume tindak tanduk aku walaupun ada diantara tindakanku melukakan hatinya..kali ini kita perlu berjauhan kerana menunaikan tanggungjawab masing-masing..

Aku akan sentiasa dihatinya walau ke hujung nyawaku kerana dialah yang terakhir dalam hidupku..aku tak takut untuk berdepan dengan apa jua rintangan kerana aku ada DIA dan dia..DIA sentiasa kucintai dan DIA sentiasa aku syukuri..dan dia adalah anugerah dari DIA..aku amat menghargainya..

Buat diri aku,aku nasihatkan kuatkan semangat dan hati demi menempuhi hari-hari yang mendatang..insyaALLAH sekiranya dugaan hari ini kita boleh harungi, dugaan hari esok kita akan lepasi..walaupun orang ckp hubungan jarak jauh ni sukar namun bagi aku,kekuatan dan kepercayaan itu lah tiangnya..so..aku happy dengan cara hidup yang aku pilih ini.

Cinta memerlukan pengorbanan dan cinta memerlukan kekuatan..
Aku akan sentiasa disampingnya..AMIN..

Bila kita membuat keputusan untuk menerimanya,itu bermakna kita telah bersedia untuk menghadapinya..