Kesempurnaan
Salam all...dah lama sangat blog ni sunyi tanpa penulis. Mood untuk mengarang or nak menulis tak sampai lagi. Sibuk ngan keje walhal keje biasa jerk..hehehe..kalah PM kan. apa yang nak di cerita pun tak tahu la..kan salah lak dok membebel banyak-banyak kat sini..hihi.. Sepanjang blog ini sunyi banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini. Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa menderitanya hati ini..menderita bukan kerana cinta...bukan kerana rindu pada si dia..tapi kerana dugaan yang tak pernah lari dari hidup ni..

Sempurna???Ya..semua manusia tidak sempurna. So, jgn juga salahkan mereka yang bersalah kerana kita hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesalahan. Aku bukan insan yang sempurna..Maaf la sekiranya aku ada mengguris, terguris or menyakiti hati kamu semua. Buang la ego kamu jauh-jauh. Mengaku lah salah sekiranyan ia salah.

Berbalik kepada cerita sepanjang blog ini sunyi...banyak sgt aku nak cerita tapi bila aku pikir balik betul ke aku nak tulis sume ni..ini sekadar luahan saje..yang sebaliknya biarlah aku tanggung sendiri..cuma aku sentiasa je bertanya sampai bila dugaan macam ni akan menimpa aku? tak baik kan tanya cmtu..tp mesti korang jugak ada tanya cmtu kan...

The latest news yang membuat aku sedih...aku dah takda nenek da dalam dunia ni..baru je 2 hari lepas arwah pergi meninggalkan kami semua...yang tinggal hanya AYAH seorang saje..itupun kasihnye sudah dimiliki orang. aku mungkin hanya menumpang sisa kasih syg ayah sebelum ayah menutup mata. Sejak kecil, aku dahagakan kasih syg..baik mak...ayah...nenek...sume tu tak pernah sempurna utk aku. tp aku syukur kerana masih juga mendapat kasih itu. Ya ALLAH ampunkan aku..Semua salah dan silap aku..

Untuk perkara lain, memang banyak. but so sorry..just let it go...kalo nak cerita tentang sedih, perit ni memang tak kan habis. Namun, di dalam ketidaksempurnaan aku ini..aku bersyukur kerana ALLAH memberikan nyawa utk aku terus hidup dan mendapat kasih dan sayang dari insan lain..Kawan-kawan, abg-abg, dan yang istimewa Azrul..I love him so much...


Dah panjang lebar dah membebel..Moral of the story...sedarlah wahai insan..tiada yang sempurna dalam dunia ini.. dan buang lah sikap ego mu sekurang-kurang meminta maaf dan memberi kemaafan..